Monday, December 21, 2009

Misi , Visi & Dasar Kualiti Hospital Alor Gajah

















Misi , Visi & Dasar Kualiti Hospital Alor Gajah


  • VISI
Untuk menjadikan Hospital Alor Gajah satu institusi perubatan yang memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen

  • MISI
Hospital Alor Gajah akan berusaha secara professional dan beertika dan melaksanakan program perhubungan dan berteraskan budaza penyayang, kerja berpasukan dan ketelusan pentadbiran lepada semua pelanggan dan persekitaran yang selesa


  • DASAR KUALITI
Hospital Alor Gajah adalah komited dalam memberi perkhidmatan pengurusan yang terbaik, cekap dan berkesan kepada masyarakat daerah Alor Gajah khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
  • PIAGAM PELANGGAN

Hospital Alor Gajah adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang cekap,tepat dan berkualiti.

Kami bersedia untuk :

  1. Pesakit luar akan mendapat rawatan dalam masa 90 minit.
  2. Kes kemasukan baru pesakit dalam wad akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 60 minit.
  3. Pengambilan tanda vital bagi pesakit dalam yang baru dimasukan ke wad akan dibuat dalam masa 15 minit.
  4. Aduan bertulis/media cetak akan diberi maklumbalas dalam tempoh 24 jam.
  5. Aduan lisan akan diberikan maklum balas dalam masa 30 minit.
  6. Laporan perubatan pesakit akan disiapkan dalam masa 14 hari.
  7. Ujian patologi "segera" akan siapkan dalam masa 60 minit manakala bagi ujian"Elektif" akan disiapkan dalam masa 5 jam.
  8. Pesakit luar akan mendapat bekalan ubat dalam masa 30 minit.
  9. Radiograf pesakit akan disiapkan dalam masa 60 minit.
  10. Semua pesakit dalam akan mendapat sajian makanan mengikut diet yang dipesan.

No comments:

Post a Comment