Tuesday, December 22, 2009

Pendispensan Ubat-Ubatan Methadone

Pendispensan Ubat-Ubatan Methadone

Pendispensan methadone adalah perkhidmatan baru yang dilancarkan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi. AADK akan memilih calon-calon daripada sistem mereka untuk menyertai program tersebut.

Program tersebut adalah sukarela and hendak mendapat 100% kerjasama daripada calon calon. Selepas penerangan pegawai AADK , calon akan dihantar untuk pemeriksaan badan. Bagi calon yang bebas daripada penyakit hati, mereka akan menyertai program tersebut.

Pendispensan methadone akan bermula setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Pendispensan adalah dijalankan oleh pegawai farmasi yang bertanggungjawab. Beliau akan memastikan bahawa setiap calon akan minum methadone di depan pegawai. Terapi adalah dipanggil DOT. Hal ini memastikan bahawa methadone tidak digunakan dengan cara yang salah. Tambahan pula , pegawai farmasi yang bertanggungjawab untuk memberi kounselling dan melaporkan kesan-kesan sampingan jika ada. Bahagian Perkhidmatan akan menghantar pegwai untuk membuat tugasan pada sabtu dan ahad.

No comments:

Post a Comment