Tuesday, December 22, 2009

Pendispensan Ubat-Ubatan Methadone

Pendispensan Ubat-Ubatan Methadone

Pendispensan methadone adalah perkhidmatan baru yang dilancarkan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi. AADK akan memilih calon-calon daripada sistem mereka untuk menyertai program tersebut.

Program tersebut adalah sukarela and hendak mendapat 100% kerjasama daripada calon calon. Selepas penerangan pegawai AADK , calon akan dihantar untuk pemeriksaan badan. Bagi calon yang bebas daripada penyakit hati, mereka akan menyertai program tersebut.

Pendispensan methadone akan bermula setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Pendispensan adalah dijalankan oleh pegawai farmasi yang bertanggungjawab. Beliau akan memastikan bahawa setiap calon akan minum methadone di depan pegawai. Terapi adalah dipanggil DOT. Hal ini memastikan bahawa methadone tidak digunakan dengan cara yang salah. Tambahan pula , pegawai farmasi yang bertanggungjawab untuk memberi kounselling dan melaporkan kesan-kesan sampingan jika ada. Bahagian Perkhidmatan akan menghantar pegwai untuk membuat tugasan pada sabtu dan ahad.

Clinical Ward Round & MTAC Diabetes

Clinical Ward Round & MTAC Diabetes

Clinical ward round adalah tanggungjawab pegawai farmasi klinkal. Beliau akan mengikut rondaan setiap hari (kecuali Rabu) dengan pegwai perubatan. Semasa rondaan, beliau akan menyemak dan membincangkan tentang penggunaan ubat-ubatan yang betul dan tepat. Hal ini dapat mengurangkan pembaziran ubat dan boleh mengurangkan "resistance" antibiotik di hospital

MTAC diabetes akan dijalankan setiap hari Rabu. 10 pesakit diabetes akan dipilih secara rawak dalam MTAC diabetes. Dengan kerjasama daripada Klinik diabetes, pegawai farmasi klinikal dapat "review" pesakit diabetes secara mendalam sebelum pesakit diabetes dirawat oleh doktor. Pemeriksaan darah HbA1C dapat dijalankan untuk mengetahui komplian pesakit. Selepas rawatan doktor , pegawai farmasi klinikal akan memberi kounselling yang mendalam terhadap ubat-ubatan , gaya hidup , pengurusan "hipoglisemia" dan penjagaan kaki , mata dan saraf-saraf.


Pendispensan Ubat-Ubatan Kepada Pesakit


  • Pendispensan Ubat-Ubatan Kepada Pesakit
Pendispensan ubat-ubatan adalah kerja utama jabatan farmasi pesakit luar. Pendispensan bertujuaan untuk membekalkan ubat-ubatan yang betul,tepat and cukup kepada pesakit. Pendispensan adalah tanggungjawab pegawai farmasi. Waktu operasi adalah :

Isnin - Khamis : 8.00pagi - 5.00 petang
Jumaat : 8.00pagi - 12.15 tengah hari
2.45petang - 5 petang
Sabtu Ahad : Tutup

Disebabkan wabak H1N1 dan pertambahan pesakit, Jabatan Farmasi Pesakit Luar telah mula menjalankan "extended hours' agar dapat meningkatkan kualiti dan kesenangan pesakit. Tambahan pula, ia juga mengurangkan beban pegawai perubatan yang hendak mendispen selepas waktu bekerja. Jadual baru adalah :

Isnin - Jumaat : 8.00pagi - 5petang . Buka balik pada 6.00petang hingga 10 malam
Sabtu - Ahad : 9pagi - 1 petang. Buka balik pada 6.00petang hingga 10 malam.

"Extended hour" hanya 1 pembantu pegawai farmasi akan bertugas. Extended hours adalah membekal ubat-ubatan daripada unit kecemasan. Ubat ulangan tidak akan dilayan. Ubat ualngan hanya dibekal pada waktu pejabat.

Monday, December 21, 2009

Perkhidmatan Farmasi Yang Ditawarkan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Hospital Alor Gajah :

  1. Pendispensan Ubat-Ubatan Kepada Pesakit
  2. Clinical Ward Round
  3. MTAC Diabetes
  4. Pembekalan Informasi Ubat Kepada Sektor Awam
  5. Pengendalian CME Hospital Alor Gajah
  6. Pendispensan Ubatan Methadone



Carta Organisasi Jabatan Farmasi

Carta Organisasi Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi Hospital Alor Gajah terdiri daripada 16 anggota . Ia terdiri daripada

Ketua Pegawai Farmasi : Puan Nur Atikah Binti Yaakob
Pegawai Farmasi : Puan Hidayah Binti Ismail ,Cik Chua Poh Len , Cik Pang Xiao Hui ,Encik Foong Seong Heng
Penolong Farmasi : Haji Yusof Bin Keling, Hajah Saleha Binti Saleeh,Puan Mahawa Binti Meon, Puan Noor Aida Binti Mohd Darus
Pegawai Stor : Cik Mardiana Sahira Binti Muhd Diah , Puan Suriani Binti Amat Muskin,Puan Rosliza Binti Zainal
Pekerja Sokongan : Encik Sirun Bin Nasir , Puan Hazalinda Binti Abdan , Encik Anizan Bin Jamil , Puan Nur Intan Samni

Misi & Visi Jabatan Farmasi Hospital Alor Gajah

















Misi , Visi & Dasar Kualiti Jabatan Farmasi Hospital Alor Gajah


  • Visi
Untuk Menjadikan Hospital Alor Gajah sebuah institusi perubatan yang memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan efisyen.

  • Misi
Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan kepada tahap kewibawaan yang tinggi, professionalisme , kecermelangan , sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.

Misi , Visi & Dasar Kualiti Hospital Alor Gajah

















Misi , Visi & Dasar Kualiti Hospital Alor Gajah


  • VISI
Untuk menjadikan Hospital Alor Gajah satu institusi perubatan yang memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen

  • MISI
Hospital Alor Gajah akan berusaha secara professional dan beertika dan melaksanakan program perhubungan dan berteraskan budaza penyayang, kerja berpasukan dan ketelusan pentadbiran lepada semua pelanggan dan persekitaran yang selesa


  • DASAR KUALITI
Hospital Alor Gajah adalah komited dalam memberi perkhidmatan pengurusan yang terbaik, cekap dan berkesan kepada masyarakat daerah Alor Gajah khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.
  • PIAGAM PELANGGAN

Hospital Alor Gajah adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang cekap,tepat dan berkualiti.

Kami bersedia untuk :

  1. Pesakit luar akan mendapat rawatan dalam masa 90 minit.
  2. Kes kemasukan baru pesakit dalam wad akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 60 minit.
  3. Pengambilan tanda vital bagi pesakit dalam yang baru dimasukan ke wad akan dibuat dalam masa 15 minit.
  4. Aduan bertulis/media cetak akan diberi maklumbalas dalam tempoh 24 jam.
  5. Aduan lisan akan diberikan maklum balas dalam masa 30 minit.
  6. Laporan perubatan pesakit akan disiapkan dalam masa 14 hari.
  7. Ujian patologi "segera" akan siapkan dalam masa 60 minit manakala bagi ujian"Elektif" akan disiapkan dalam masa 5 jam.
  8. Pesakit luar akan mendapat bekalan ubat dalam masa 30 minit.
  9. Radiograf pesakit akan disiapkan dalam masa 60 minit.
  10. Semua pesakit dalam akan mendapat sajian makanan mengikut diet yang dipesan.